Law Of Attraction : Mengenalpasti Peluang - Ezad Amir

Friday, February 26, 2021

Law Of Attraction : Mengenalpasti Peluang

 


Kebanyakan orang menunggu peluang yang tepat untuk datang kepada mereka. Mereka menunggu peluang ditawarkan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Mereka menunggu peluang untuk membuat lebih banyak wang. Mereka menunggu jodoh yang tepat muncul dihadapan mereka. Mereka menunggu peluang untuk memulakan sesuatu yang baru.

Kenalpasti Peluang
Persoalannya, adakah peluang itu datang sendiri? Kadang-kadang ia berlaku, adakalanya tidak. Peluang mungkin tidak datang pada masa yang tepat. Anda mungkin tidak mengenalpastinya ketika ia datang. Anda mungkin tidak bersedia ketika ia muncul. Ketika ia tiba, boleh jadi anda tidak begitu berminat dengannya.

Anda menunggu lagi sesuatu terjadi. Anda mungkin akan merasakan perasaan kecewa dan tidak berpuas hati dengan hidup anda. Dari menunggu peluang, kenapa tidak mencipta peluang? Bunyinya begitu klise. Sebenarnya anda tidak perlu menunggu peluang atau mencipta peluang. Tindakan yang tepat ialah belajar menyedarinya. Peluang selalunya sepanjang masa wujud disekeliling kita tetapi kita gagal mengenalinya. Mengenalpasti peluang memerlukan perubahan minda.

Law of Attraction
Apabila anda begitu inginkan sesuatu dan memberi sepenuh perhatian kepada matlamat anda itu, "keajaiban" akan mula berlaku. Sebenarnya ianya bukan keajaiban, hanya hukum emosi yang mula bekerja. Ramai manusia berjaya menggunakan Law of Attraction secara tidak sedar. Kebanyakan orang menggunakan hukum yang sama tetapi dengan cara berbeza. Jika anda menggunakan hukum tersebut dengan cara negatif, anda hanya akan mencipta sesuatu yang anda tidak mahukan sahaja.

Visualisation
Bagaimana untuk mencipta dan mengenalpasti peluang? Pertama sekali anda perlu jelas dengan apa yang anda mahukan. Jika anda tidak tahu apa yang anda mahukan, bagaimana anda boleh mendapatkannya? Apabila anda tahu apa yang anda mahukan, anda akan mula mampu mengenalpasti peluang yang wujud disekeliling anda.

Visualisasikan matlamat anda. Gambarkan dalam fikiran anda seolah-olah anda telah berjaya mencapai matlamat tersebut. Rasakan dan nikmatinya. Ini akan memberi motivasi dan tenaga kepada anda untuk menjadikannya nyata. Apabila anda mempunyai motivasi, tenaga dan semangat, anda akan melihat peluang yang belum pernah anda lihat sebelum ini. Selalunya peluang itu tidak berada jauh dari anda dan ianya mudah digapai.

Setiap orang yang bertemu dengan anda secara tidak sedar dapat merasakan semangat anda, dan akan membuka pintu baru untuk anda. Katakan anda mahukan kerja baru, tetapi anda tidak percaya anda mampu mendapatkannya. Sikap ini hanya akan menyekat fikiran anda dan akan menahan diri anda. 

Visualisasikan dan lihat diri anda pada masa hadapan tanpa sebarang keraguan. Cepat atau lambat, anda akan mampu merealisasikan impian anda. Dengan sikap dan pemikiran yang betul, segala-galanya tidak mustahil untuk diperolehi.



“It’s unlimited what the universe can bring when you understand the great secret that thoughts become things.”